Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Iraq, Irfan al-Hayali telah mengarahkan sebuah siasatan ke atas insiden pengeboman terbaharu ke atas bandar Mosul yang dilaporkan meragut ratusan nyawa warga awamnya.
"Menteri Pertahanan telah mengarahkan sebuah siasatan pantas dilancarkan ke atas serangan bom yang mengenai salah sebuah daerah Mosul...," baca kenyataan daripada kementerian yang sama.
Tentera Amerika sebelum ini mengakui bahawa mereka telah mengebom sebuah lokasi selepas mendapat permintaan untuk berbuat demikian daripada Tentera Iraq sendiri. Sebuah serangan yang akhirnya mengakibatkan ramai warga awam terbunuh dan mengalami kecederaan.
Gabenor wilayah Nineveh, Abdul Rahman al-Loizi mengesahkan bahawa pesawat tempur milik pakatan tajaan Amerika Syarikat telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar Mosul. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 300 orang warga awam termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh di dalam serangan itu.
/315
25 Mac 2017 - 19:28
News ID: 819959
Menteri Pertahanan Iraq, Irfan al-Hayali telah mengarahkan sebuah siasatan ke atas insiden pengeboman terbaharu ke atas bandar Mosul yang dilaporkan meragut ratusan nyawa warga awamnya.